TIPS: KENAPA PERLU MENYUSU HINGGA 2 TAHUN?
Ramai sudah mula sedar kepentingan menyusu, namun masih tak ramai mahu meneruskan sehingga si manja berumur 2 tahun. Sayangnya…
Hari ini, Amy terpanggil untuk berkongsi kepentingan penyusuan hingga 2 tahun, bukan untuk si manja je tau, tapi untuk mommies sekali.
Susu badan Mommies sememangnya yang terbaik untuk bayi seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menjalankan inisiatif
dengan kerjasama semua hospital dan klinik untuk memberi 100% sokongan pada Mommies dan penyusuan susu ibu secara eksklusif
selama enam bulan sehinggalah dua tahun sebagai supplemen.
Terdapat banyak manfaat bagi bayi dan Mommies sepanjang penyusuan 2 tahun:
- Meningkatkan antibodi badan bayi
Bayi yang minum susu ibu mempunyai antibodi yang lebih tinggi dan tak mudah untuk jatuh sakit berbanding dengan bayi yang minum susu formula, yang tak menerima “human-antibody”. Ini bermakna, penyusuan ibu membolehkan bayi mempunyai imunisasi yang tinggi dan Mommies tak perlu susah hati terhadap kesihatan bayinya.
2. Bonding
Susu Mommies adalah pilihan yang terbaik untuk Mommies dan bayi. Hubungan dan ikatan kasih sayang antara Mommies dan bayinya lebih rapat dan manja.
3. Meningkatkan perkembangan IQ bayi
Kajian menunjukkan kanak-kanak berumur 7 hingga 8 tahun yang diberi susu Mommies minimum 6 bulan dan seterusnya sehingga 2 tahun, mempunyai tahap mental IQ yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang menyusu susu formula. (European Journal of Pediatrics, May 2011)
4. Mudah saat travel
Mommies breastfeeding tak perlu susah payah untuk membawa bekalan susu formula, botol-botol susu, termos air panas, air kosong, beg barang susu dan sebagainya ketika sedang travel. Susu badan dah “ready-made” dan sangat mudah bagi Mommies kerana tak memerlukan botol untuk dibancuh atau dibasuh. Mudahkan?
5. Maintain kan ideal weight bagi Ibu
Ini lah paling best buat Mommies yang menyusu susu badan. Cepat kurus dan kembali ke berat badan asal! Mommies, tak perlu lagi risau tentang berat badan yang naik mendadak semasa pregnant. Kajian telah menunjukkan yang kalori Mommies menurun secara purata sebanyak 500kcal. Tak perlu workout atau pergi gym, hanya menyusu bayi Mommies.
6. Jarakkan pregnancy
Dengan breastfeeding, Mommies dapat menjarakkan pregnancy period kerana ovulasi menjadi lambat menyebabkan kurang subur dan kitaran haid tidak normal. Inilah kelebihan untuk Mommies dan Daddies yang merancang kelahiran seterusnya
7. Jimat segi ekonomi
Tahniah Mommies! Mommies telah menjimatkan kos ekonomi keluarga. Susu ibu sangat menjimatkan, tak perlu keluar ke kedai setiap bulan untuk membeli susu formula. Bagi Mommies yang berkerjaya, Mommies hanya membuat pembelian sekali sahaja iaitu breast-pump dan barang-barang yang melengkapkan EBM seperti storage beg atau storage bottle. Banyakkan mommies dapat berjimat?
8. Kurangkan obesiti untuk bayi
Satu kajian daripada Okyama Universiti Graduate School of Medicine (Jepun) , bahawa menyusukan bayi mengurang kan risiko bayi mengalami obesiti sehingga usia lapan tahun untuk 50%.
9. Cegah kanser
Terbukti dengan kajian sains dengan menyusu dapat membantu mengurangkan hormon yang berkaitan dengan kanser, memusnahkan sel-sel di dalam payudara yang mempunyai kerosakan DNA.
Sekian dulu dari Amy (MOMMA Milkbooster). Selamat menyusu sehingga 2 tahun mommies.
Whatsapp Amy ya untuk promosi terkini